Sekolah Menengah
Realisasi Idea
Penubuhan Sekolah Menengah Tinta memberi ruang kepada para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 untuk merealisasikan idea dan membentuk IMPIAN mereka, seterusnya menjadi pelapis kepada kepimpinan negara. Selain itu, mereka juga merupakan pencetus kepada hasil reka cipta kreatif dan menjadi perintis dalam pembangunan sektor teknologi, pembuatan dan perkhidmatan dalam negara, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan keperluan dalam Revolusi Industri 4.0.
Konsep Pendidikan
Sekolah Menengah Tinta menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bagi mencapai matlamat dan objektif KSSM, Sekolah Tinta menekankan kepada pembelajaran secara mendalam dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menjadi peneraju dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Program Dwibahasa (DLP)
Subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.
Pengayaan Kehidupan Pelajar
Kokurikulum, kepimpinan, pertandingan dan CSR.
Saiz Kelas Kecil
Interaksi lebih efektif antara guru dan pelajar.
MENGAPA PILIH KAMI
Nilai Islam
Melahirkan individu seimbang dan berakhlak.
Pembelajaran STEM
Pembelajaran berasaskan inkuiri dan eksplorasi hands-on.
Kesediaan Masa Hadapan
Melengkapkan pelajar dengan pemikiran kritis dan kreativiti.
Mata Pelajaran
(Tingkatan 1 - Tingkatan 3)
(Tingkatan 4 - Tingkatan 5)
(Tingkatan 1 - Tingkatan 3)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Sejarah
- Reka Bentuk Teknologi (RBT)
- Pendidikan Agama Islam
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Robotik STEM
- Sains Komputer
- Program Pendidikan Nilai
- Al-Quran
- Bahasa Arab
(Tingkatan 4 - Tingkatan 5)
- Bahasa Melayu
- Inggeris
- Matematik
- Sejarah
- Pengajian Islam
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Al-Quran
- Program Pendidikan Nilai
- Fizik
- Kimia
- Biologi atau Tasawwur Islam
- Matematik Tambahan
8:00 pagi – 4:00 petang
(Tingkatan 1 - Tingkatan 3)
(Tingkatan 4 - Tingkatan 5)
(Tingkatan 1 - Tingkatan 3)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Sejarah
- Reka Bentuk Teknologi (RBT)
- Pendidikan Agama Islam
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Bahasa Arab
Mata Pelajaran Tambahan:
- Robotik STEM
- Sains Komputer
- Mega Money Mind
- Al-Quran
(Tingkatan 4 - Tingkatan 5)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sejarah
- Pendidikan Agama Islam
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Ekonomi
- Biologi atau Reka Bentuk & Teknologi (RBT)
Mata Pelajaran Tambahan:
- Robotik STEM
- Mega Money Mind
Nota:
- Pakej ini berkuat kuasa pada tahun 2026
- Ia merupakan pakej terkini yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran (rujuk pekeliling terkini, ref: KP/KPPM/6Jld.2(23)
8:00 pagi – 4:30 petang
PEMBANGUNAN SAHSIAH ISLAMIAH
Solat
Berjemaah
Solat secara berjemaah bagi memupuk disiplin dan kekuatan rohani.
Nilai Pendidikan
Islam
Memupuk ilmu, mengukuhkan iman dan membentuk akhlak.
Solat Jumaat
(Pelajar Lelaki)
Menunaikan solat Jumaat secara mingguan.
Friday Teen Talk
(Pelajar Perempuan)
Program pembangunan diri dan kefahaman Islam.
Program
Al-Quran
Tilawah, hafazan
dan penghayatan.
STEM Di Tinta
Konsep pelaksanaan pendidikan STEM di Sekolah Tinta tidak hanya terhad kepada mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan aplikasi yang mendalam terhadap dalam mata pelajaran teras KSSR dan KSSM, tetapi mereka juga berpeluang untuk mempelajari mata pelajaran Robotik STEM dan Sains Komputer. Para pelajar turut didedahkan untuk mencipta projek yang relevan dan seimbang bersesuaian dengan kebolehan mereka mengikut tahap yang ditetapkan.
Tiga (3) elemen utama dalam pelaksanaan projek STEM di Sekolah Tinta adalah seperti berikut:
- Pendekatan Inkuiri (Inquiry-based learning)
- Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based learning)
- Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Konteks Dunia Sebenar (Real-life based learning)
Komponen Robotik STEM
Tingkatan 1
Microbit + Map Mission
Tingkatan 2
Projek Mekanikal & Elektronik + Sensor Microbit
Tingkatan 3
Projek Mekanikal & Elektronik + Coding C++ Arduino Ide (Tahap Pertengahan)
Komponen Sains Komputer
Tingkatan 1
Program Robotik + Reka Bentuk 3D
Tingkatan 2
Program Robotik + Coding C++ Arduino Ide (Tahap Pertengahan)
Tingkatan 3
Web: Javascript + Pengekodan Berasaskan Permainan





Aktiviti Menarik
Aktiviti yang dirancang bagi para pelajar peringkat sekolah menengah mengutamakan pergaulan sosial yang positif, semangat kerjasama berkumpulan, membina kualiti kepimpinan dan jati diri. Para pelajar akan turut diberikan pendedahan dalam pelbagai cabang ilmu melalui pendedahan, bimbingan dan aplikasi yang lebih holistik. Antara aktiviti yang direncanakan adalah:
- Lawatan sambil belajar
- Hari Keusahawanan
- Pameran Pelajar
- Hari Sukan
- Kem Ko-Kurikulum
- Pementasan
- Minggu Bahasa
- Kem Motivasi & Kepimpinan
- Bengkel Kemahiran
- Teroka Industri
- Program Kemanusiaan & Kesukarelawan
- Pengurusan Kewangan
- Kemahiran Kewartawanan