Program
'AFTER-SCHOOL'
Sekolah Tinta turut menawarkan aktiviti tambahan untuk memberi peluang kepada para pelajar memanfaatkan masa terluang melalui aktiviti-aktiviti berfaedah disamping menerokai dan menguji potensi serta kredibiliti mereka.
KEMAHIRAN INSANIAH & PEMBANGUNAN KARAKTER DI LUAR BILIK DARJAH
Di samping penekanan dalam bidang akademik, Sekolah Tinta menitikberatkan kemahiran insaniah dan pembangunan karakter. Program kokurikulum dan aktiviti selepas waktu sekolah telah disusun khusus untuk memperkukuhkan kemahiran interpersonal, pemikiran kritis, kepimpinan, dan kerja berpasukan. Aktiviti-aktiviti ini dibimbing oleh mentor-mentor yang berdedikasi yang mampu melonjakkan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai bidang. Dengan memberikan tumpuan kepada pendidikan holistik, Sekolah Tinta bermatlamat untuk memupuk individu yang mempunyai keyakinan tinggi dan berdaya tahan, juga bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan selepas menamatkan persekolahan.
- STEM +
- Hoki
- Little Chef
- Bola Jaring
- Bola Baling
- Catchy Jawi
- Bola Sepak
- Mathrix
- Silat
- Taekwondo
- Renang
- Memanah