Soalan Lazim

Sekolah Tinta menawarkan kapasiti pelajar dalam kumpulan yang lebih kecil dalam setiap
kelas, perhatian peribadi, program-program khas yang berkonsepkan sistem perlaksanaan STEM, dan
kurikulum akademik yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan aplikasi dalam mata pelajaran
secara mendalam. Kami juga memberi tumpuan kepada pembangunan sahsiah dan menyediakan
persekitaran sokongan dan mesra untuk setiap pelajar.

Yuran pengajian kami berbeza bergantung kepada peringkat darjah dan sebarang program
tambahan atau perkhidmatan. Kami menawarkan pilihan pembayaran yang fleksibel, termasuk
pembayaran secara bulanan, penggal, semester atau tahunan.

Sekolah kami mengekalkan nisbah pelajar-guru yang rendah untuk memastikan perhatian
peribadi dan interaksi yang bermakna. Nisbah yang tepat mungkin berbeza bergantung kepada
peringkat darjah (maksima 24 pelajar sahaja setiap kelas), tetapi kami memberi keutamaan kepada
penciptaan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk setiap pelajar.

Waktu persekolahan di Sekolah Tinta adalah seperti berikut:

  1. Tahap satu (Tahun 1 hingga 3)
    o Waktu persekolahan bermula: 8.00 pagi
    o Waktu pulang sekolah: 4.00 petang


  2. Tahap dua (Tahun 4 hingga 6)
    o Waktu persekolahan bermula: 8.00 pagi
    o Waktu pulang sekolah: 4.30 petang


  3. Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga 3)
    o Waktu persekolahan bermula: 8.00 pagi
    o Waktu pulang sekolah: 4.30 petang


  4. Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga 5)
    o Waktu persekolahan bermula: 8.00 pagi
    o Waktu pulang sekolah: 4.30 petang

Kami juga mengadakan waktu rehat untuk para pelajar di antara sesi pembelajaran agar mereka dapat
berehat dan mengisi tenaga. Selain itu, kami turut menyediakan pelbagai aktiviti selepas waktu
persekolahan untuk pelajar yang berminat untuk menyertai.

Kami menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum, termasuk sukan, unit beruniform, kelab, dan
peluang khidmat masyarakat. Disamping itu, pelbagai aktiviti dan program khas dilaksanakan di Sekolah
Tinta bagi membantu pelajar meneroka minat mereka, mengembangkan bakat, dan memperoleh
pengalaman dan pendidikan yang seimbang.

Kami berharap untuk bekerjasama dengan ibu bapa dan pelajar untuk mencapai pengalaman
pembelajaran yang positif dan berdaya tahan bagi semua. Namun, kami tidak mempunyai kepakaran
tenaga kerja atau guru khas yang terspesifik untuk memenuhi keperluan pembelajaran khas. Untuk
memastikan penyesuaian yang tepat, kami meminta ibu bapa untuk mengemukakan surat pengesahan
dari institusi atau pusat terapi yang relevan mengenai kebolehan anak bersekolah dalam aliran perdana.
Selepas menduduki Ujian Kemasukkan Pelajar, kami juga akan mengesyorkan satu tempoh pemerhatian
yang singkat untuk memahami keperluan dan kesediaan pelajar sebelum mereka diterima secara rasmi
di sekolah kami.

Ya, sebagai sebahagian daripada proses penerimaan di Sekolah Tinta, setiap pelajar baru dikehendaki
menjalani Ujian Penilaian Kemasukan Pelajar (UPKP) pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan
berdasarkan temujanji yang dibuat antara pihak ibu bapa dan sekolah. Ujian ini melibatkan Ujian Bertulis
dan Ujian Lisan dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Ujian Penilaian
Kemasukan Pelajar (UPKP) ini dijadualkan untuk berlangsung dalam tempoh kira-kira satu (1) jam.
Tujuan diadakan Ujian Penilaian Kemasukan Pelajar (UPKP) ini adalah untuk menilai prestasi semasa
pelajar dalam aspek akademik dan pengetahuan umum. Kami berharap dengan melakukan penilaian ini,
kami dapat memahami tahap kemahiran dan kebolehan pelajar, serta memberikan pendekatan
pembelajaran yang sesuai dan sokongan tambahan yang diperlukan. Kami berusaha untuk menjalankan
ujian ini dengan teliti, memberikan peluang kepada setiap pelajar untuk menunjukkan potensi mereka
dan merasa selesa dalam prosesnya.

Kakitangan pengajar kami terdiri daripada pendidik yang berkelayakan tinggi dan
berpengalaman yang memegang ijazah dan pensijilan yang relevan dalam bidang masing-masing.
Mereka menjalani pembangunan profesional berterusan untuk memastikan mereka sentiasa mengikuti
metodologi dan pendekatan pengajaran terkini.

Kami memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesejahteraan pelajar kami. Kawasan
Sekolah Tinta dilengkapi dengan langkah-langkah keselamatan, termasuk Pengawal Keselamatan
Sekolah,  Pembantu Kesihatan yang terlatih, kaunselor  berpengalaman, pengawasan CCTV,
akses terkawal, dan protokol kecemasan dan disiplin. Unit Hal Ehwal Pelajar kami juga
sentiasa peka dan komited untuk mengekalkan komunikasi yang berkesan bersama ibu bapa bagi
memastikan kesejahteraan pelajar semasa di sekolah akan terjaga.

Program akademik kami direka dan disemak oleh individu, institusi dan industri yang telah
dilantik sebagai penasihat khas untuk berkolaborasi dengan kami bertujuan memberikan asas yang
kukuh, memupuk minat yang mendalam dan melengkapi pelajar kami dengan kemahiran dan
pengetahuan yang diperlukan untuk pendidikan tinggi dan kerjaya di masa depan.

 

Program
Kursus
Lampiran/Nota
Matrikulasi
  • English
  • Accounting
  • Professional Accounting
  • Applied Sciences
  • Physical Sciences
  • Asasi
  • Law
  • Diploma
  • Education
  • Sains Matematik
  • Mass Communication
  • Engineering
  • Sains Pentadbiran
  • A-Level/ International Baccalaureate
  • Humanities
  • Engineering
  • Accounting
  • Engineering
  • Technology
  • Economics/Law
  • Psychology
    …dan pelbagai lagi
  • Japan – Teikyo University Malaysia, INTEC

    Germany – INTEC, German Malaysia Institute (GMI), Methodist College KL