Ahli Lembaga Pengarah

Zaliza Alias

Berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang pendidikan, Puan Zaliza Alias mempunyai misi dan visi tersendiri dalam memastikan para pelajar di bawah seliaan GAINS Education Group Sdn Bhd menjadi pelajar cemerlang dan dapat membentuk keperibadian yang tinggi melalui pendekatan nilai-nilai murni yang diketengahkan.

Didorong oleh keperluan untuk menambah baik setiap aspek pendidikan, beliau meninggalkan karier sebagai seorang pensyarah dan menubuhkan Genius Aulad pada Disember 2000 yang kini mempunyai lebih daripada 70 buah cawangan di serata Malaysia termasuk di Indonesia.

Kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh pelbagai lapisan masyarakat terhadap jenama Genius Aulad membuatkan beliau terus mengorak langkah dan menubuhkan IDRISSI International School yang berteraskan kurikulum Cambridge pada tahun 2015 dan seterusnya menubuhkan Sekolah Tinta sebagai pelengkap kepada sekolah K12 di bawah kelolaan GAINS Education Group pada 2018 yang mengetengahkan pendidikan STEM dalam struktur pembelajaran KSSR & KSSM dalam kalangan para pelajar.

Datin Zetti Hana Ibrahim

Sebagai Ahli Lembaga Pengarah GAINS Education Group, Datin Zetti terlibat secara langsung dalam penggubalan dasar dan perkara-perkara yang melibatkan kewangan GAINS serta anak-anak syarikat. Beliau juga turut memberikan pandangan dan pendapat tentang sebarang pelaksanaan strategi perniagaan dan rangka kerja tadbir urus korporat GAINS.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Industri dan Perakaunan dari University of Nottingham, United Kingdom ini memulakan kerjayanya di sebuah syarikat broker saham dan seterusnya menyertai Petronas dalam pengurusan rantaian bekalan.

Lemah lembut dalam pertuturan namun tegas dalam setiap keputusan menjadikan Datin Zetti disenangi oleh kaki tangan GAINS dan pendidik di semua sekolah kelolaan GAINS Education Group Sdn Bhd.

Dato’ Seri Mohd Khairi bin Dato’ Mat Jahya

Dato’ Seri Mohd Khairi didorong oleh semangat beliau untuk memupuk pertumbuhan perniagaan. Kejayaan usaha niaga dan kualiti kepimpinan beliau telah mengukuhkan kedudukannya sebagai Pengarah di GAINS™, di mana beliau secara aktif menyumbangkan pandangannya untuk mengemudi syarikat ke arah pembangunan jangka panjang. Setelah mengikuti pengalaman pendidikan di luar negara, khususnya di Lubnan dan Arab Saudi, beliau telah menjalin hubungan yang berharga dengan pemimpin perniagaan Timur Tengah, memperkayakan pemahamannya tentang industri perniagaan.

Sebagai seorang usahawan terkenal dengan rekod prestasi merangkumi Perkhidmatan IT, import dan eksport, pembangunan hartanah, dan banyak lagi, beliau berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan kepakarannya dalam industri pendidikan melalui GAINS™. Visi beliau untuk GAINS™ adalah untuk meluaskan jangkauannya di peringkat domestik dan antarabangsa, menyediakan sistem pengurusan sekolah yang konsisten dan unggul serta pengalaman pembelajaran yang boleh memperkayakan khalayak yang lebih luas.