MENGAPA TINTA?

Berkonsepkan “Eksplorasi Idea”, Sekolah Tinta menyediakan pengalaman baharu dalam dunia persekolahan para pelajar melalui pendekatan yang menggabungkan lebih banyak elemen praktikal dan pembelajaran yang aktif di dalam dan di luar bilik darjah.

Penggunaan silibus pembelajaran berteraskan KSSR & KSSM telah disuntik dengan elemen STEM yang menjadi tunjang kepada penubuhan sekolah ini. Pemerolehan pengetahuan STEM yang progresif dan dinamik adalah penting supaya para pelajar sentiasa mendapat ilmu dan pengetahuan terkini dalam bidang STEM. Selain itu, pendekatan ini juga melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar.

Oleh yang demikian, kemahiran STEM yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti dan tugasan dapat menjana minda yang cemerlang dalam setiap para pelajar Sekolah Tinta.