Sekolah Rendah

Eksplorasi Idea
Berteraskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Sekolah Tinta menawarkan pakej pendidikan yang menggabungkan idea, teknologi dan inovasi berinspirasikan pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta pembangunan modal insan melalui penerapan nilai-nilai murni kepada para pelajarnya.
Pelaksanaan pembelajaran secara interaktif yang merangkumi teori dan pelbagai aktiviti praktikal menjadikan Sekolah Tinta berbeza daripada sekolah-sekolah swasta di Selangor yang lain. Pendidikan secara holistik sangat dititikberatkan di Sekolah Tinta agar dapat memberi ruang kepada para pelajar untuk terus menerokai kebolehan dalam diri masing-masing.
KONSEP PENDIDIKAN
- Berinspirasikan semangat “Eksplorasi Idea”
- Penggunaan silabus pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
- Standard Penilaian dalam Darjah (PdP) seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Program dwibahasa, Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
- Integrasi kemahiran S.T.E.M dalam pengajaran dan pembelajaran berpandukan modul khas
Mata Pelajaran
(Tahun 1 - Tahun 3)
(Tahun 4 - Tahun 6)
(Tahun 1 - Tahun 3)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Seni
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Pendidikan Agama Islam
- Robotik STEM
- Sains Komputer
- Bahasa Arab
- Junior Qari
- T-Rex
(Tahun 4 - Tahun 6)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Seni
- Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- Pendidikan Agama Islam
- Sejarah
- Reka Bentuk & Teknologi (RBT)
- Robotik STEM
- Sains Komputer
- Bahasa Arab
- Junior Qari
8:00 pagi – 4:00 petang
STEM Di Tinta
Konsep pelaksanaan pendidikan STEM di Sekolah Tinta mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan aplikasi dalam mata pelajaran utama seperti Sains dan Matematik secara mendalam. Silibus dalam KSSR & KSSM menjadi rujukan utama dalam menghasilkan projek yang bersesuaian dan seimbang dengan kemampuan para pelajar mengikut tahap yang ditetapkan.
Tiga (3) elemen utama dalam pelaksanaan projek STEM di Sekolah Tinta adalah seperti berikut:
- Pendekatan Inkuiri (Inquiry-based learning)
- Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based learning)
- Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Konteks Dunia Sebenar (Real-life based learning)
Komponen Projek STEM
Tahun 1
Projek Mekanikal
Tahun 2
Projek Mekanikal & Elektronik
Tahun 3
Projek Mekanikal & Elektronik
Tahun 4
Projek Mekanikal & Elektronik dan Coding Block Code (Arduino)
Tahun 5
Projek Mekanikal & Elektronik dan Coding C++ (Arduino)
Tahun 6
Projek Akhir Tahun melibatkan teknik Mekanikal dan Elektronik serta laporan dan buku log
Sains Komputer
Tahun 1
Microsoft Word & PowerPoint
Tahun 2
Scratch: Block Coding
Tahun 3
3D Slash & TinkerCAD
Tahun 4
TinkerCAD (Basic Circuit & Simulation)
Programming Language 1: Block Coding & Simulation
Tahun 5
Programming Language 2:
Circuit & Coding C++ Output
Programming Language 3:
Input Components Programming
Tahun 6
Programming Language 4: Arduino IDE & Input Output Components
Programming Language 5: Final Project







Aktiviti Menarik
Pembelajaran di Sekolah Tinta tidak hanya terhad kepada bidang akademik dan bagi memastikan para pelajar mendapat ilmu pengetahuan secara holistik, pelbagai aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah diperkenalkan bagi memberi ruang kepada mereka untuk ber”Eksplorasi Idea”. Antara aktiviti-aktiviti menarik tersebut termasuklah:
- Lawatan sambil belajar
- Hari Keusahawanan
- Pameran Pelajar
- Hari Sukan
- Kem Ko-Kurikulum
- Minggu Bahasa
- Hari tanpa Uniform
- Rewang Raya
- Pementasan
- Hari Apresiasi