SAJAK DIAMBANG FESTIVAL SUKAN NORMA BAHARU 2021: SEHATI SEJIWA

Demi sukan dan perpaduan,

Kita berpadu tenaga mengorak langkah,

Mencapai misi untuk bangkit,

Demi Mencipta kejayaan,

Menempuh segala halangan,

Melupakan segala kegagalan.

 

Kita bersuara,

Gegak gempita membelah kesunyian,

Setiap langkah ada tujuan,

Setiap perkataan ada haluan,

Wira negara pantang berpaling,

Maju terus kehadapan,

tidak gentar, takut dan runsing.

 

Ayuh kita teruskan langkah ini,

Wahai anak muda, perwira dan pertiwi,

Berjalan seiringan berganding bahu,

Jangan biarkan perasaanmu terpenjara,

Dijajah dengan fantasi dan khayalan yang sia-sia,

Hadapilah cabaran ini,

Kita mampu untuk berubah,

Kita mampu untuk membuka mata dunia.

 

Ayuh kita bangkit bersama,

dengan satu matlamat dan tujuan,

Membina generasi yang sihat dan berjaya,

Pejuang, Perwira, Panglima dan Pembela,

Akan sentiasa membara semangatnya,

Tidak luntur dan goyah untuk maju kehadapan,

Demi Agama, Bangsa dan Negara,

Kita bela dan kita pertahankan,

Seia sekata, sehati dan sejiwa..

 

Hasil Nukilan

Ustaz Muhamad