CYBER WEEK 2.0: EKSPLORASI DUNIA SIBER

Alhamdulillah, satu lagi acara buat anak-anak Sekolah Tinta menimba ilmu pengetahuan selain apa yang terkandung di dalam silibus mata pelajaran harian mereka telah berlangsung pada 28 Jun sehingga 9 Julai 2021 yang lalu. Pandemik telah sekali lagi memberi cabaran buat arena pendidikan seluruh Malaysia, namun Sekolah Tinta sentiasa komited dalam mengambil inisiatif menjadikan sesi PDPR kami sentiasa menarik, penuh pengisian ilmu, interaktif dan relevan dengan keperluan semasa.  Melalui program Cyber Week 2.0 di bawah kelolaan unit STED (S.T.E.M Education), pelajar Sekolah Tinta telah didedahkan dengan pelbagai pengetahuan mengenai keselamatan siber sewaktu sesi pembelajaran Sains Komputer melalui pendedahan penting mengenai keselamatan siber, risiko penggunaan teknologi baharu, cara mengenalpasti ‘scammer’ dan pelbagai lagi. Ilmu keselamatan siber ini turut didedahkan kepada ibu bapa Sekolah Tinta melalui sesi perkongsian  “Cyber Talk: Parental Guide on Online Safety For Children” yang disampaikan oleh En. Norli Shariffuddin, Pengurus Pematuhan IT dari Uda Holdings Sdn Bhd.  Selain itu, antara program yang dinanti-nantikan sudah tentunya sesi “ Cyber Chat Bersama Ustaz Muhamad” Program yang dilaksanakan pada setiap Selasa dan Khamis ini telah membuka peluang kepada keluarga Tinta untuk saling berkomunikasi di laman ‘chatting’ yang disediakan di samping kupasan pelbagai topik semasa seperti korban, covid-19, pengisian masa lapang, kesihatan mental dan sebagainya. Slot “Adik Tanya, Ustaz Jawab” pula menjadi platform untuk ustaz menjawab pelbagai persoalan agama yang bermain di fikiran kita. Sudah pastinya, kami teruja dengan berpeluang berbicara bersama para tetamu yang ‘hadir’ dalam sesi “Tetamu Ustaz” yang datang dari pelbagai latar belakang seperti guru-guru dan pelajar Sekolah Tinta sendiri, wakil dari Islamic Relief Malaysia dan juga Leave A Nest Malaysia. Tidak dilupa, program “Cyber Cafe: Edu Game” yang memberi pengisian menghiburkan buat pelajar Sekolah Tinta beradu kemahiran dan pengetahuan dalam sesi permainan interaktif yang telah dibina oleh guru-guru Sekolah Tinta sendiri. Melalui aplikasi permainan seperti MathPlayground, Keyboard Ninja dan Robot Island, pengetahuan pelajar dalam Sains, Matematik, dan STEM telah diuji bagi menyelesaikan pelbagai misi dan melepasi halangan yang disediakan. Suatu program yang mencabar minda dan penuh keseronokkan buat para peserta. Tahniah diucapkan kepada para peserta acara. Akhir kata, pihak Sekolah Tinta ingin mengucapkan syabas kepada guru-guru dari unit STED yang telah memberikan 110% komitmen mereka dalam melaksanakan program Cyber Week 2.0 kali ini. Terima kasih juga kepada seluruh Keluarga Tinta, para pelajar, ibu-bapa, guru-guru, staf pentadbiran dan organisasi luar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tahniah dan terima kasih atas penglibatan anda semua. InsyaAllah, hasrat kami agar program ini menjadi salah satu wadah ilmu yang bermanfaat dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan kita. InsyaAllah… Dunia siber kini tidak asing lagi buat anak-anak kita. Bekalkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang cukup, pantau mereka selalu, kekalkan interaksi dan komunikasi sosial mereka. Semoga Allah pelihara anak-anak Sekolah Tinta dari keburukan dan pengaruh negatif dunia siber.  . EKSPLORASI & REALISASI IDEA TETAP DITERUSKAN . Pejuang Pendidikan Era Pandemik    

Sekolah Tinta 1st Graduation Day

20.03.2021 marks a special day for Tinta Alumni. It’s the day we set aside to honour our school’s senior class. Recognizing them as the pioneer of Sekolah Rendah Tinta. Here in Sekolah Rendah Tinta, acknowledging our student’s achievement is a must. Despite the fact that learning was made different last year, the students persevere and graduate with flying colours. Special mention to Farhan Danish Bin Mohd Khairul Fauzi and Adam Bin Ridzuan who achieve academic and Co Curriculum excellence respectively. Farhan was awarded as the Tokoh Pelajar for the year 2020, having perform outstandingly in academics. Adam on the other hand, train through the ranks to gain the highest accolade, receiving blackbelt from Taekwondo Kyoro Club. Well done boys! Graduation Day marks the end of our student’s primary school education. When one door closes, another opens. The end of the primary school education marks a new beginning. A new chapter in Secondary school life. To the graduating students, venture and explore! may Allah SWT blessings be upon you.

GOOD BYE 2020! HELLO 2021!

2020 will always be remembered as a series of tragic events with the worst pandemic the world has seen in more than a century. Many were affected worldwide. Schools were instructed to closedown to avoid the spreading of the virus. With little to no bandwidth, no prior training and little preparations, the sudden shift away from classroom dampen the effectiveness of learning at early stage. If nothing else, 2020 has been a teacher or sorts for many of us. It has taught us that no matter how powerful we may be, we can be brought to our knees by the smallest of creations. It taught us to appreciate the little things around us. But in the midst of the tragedies there was courage, there was grace, there was sacrifice, there was hope, there were those faced with the very worst rising up to be their very best. We welcome 2021 with optimism, strong faith and better preparations. With the full backing of the Board of Directors, a dynamic principal spearheading the organisation and the collective effort of dedicated teachers sees the expansion of Tinta pendidikan Sdn Bhd from its early establishment in 2018. 20.01.2021 was the first day of school for Tinta students. It also marks the inaugural launch of Sekolah Menengah Tinta. It was a day when everyone got together, hand in hand, rise up to watch the first morning assembly of the year, despite it being done virtually. It was seen as the moment of excitement for everyone. As we move forward, it is important that we reflect and improve. In all, it is our responsibility to provide the best education for our children. Whatever happens, WE WILL NOT GIVE IN!  Let’s together bid FAREWELL TO 2020 AND SAY HELLO TO 2021 WITH FULL ENTHUSIASM! GOOD BYE 2020! HELLOOO 2021!   US