BARISAN KEPIMPINAN PELAJAR SEKOLAH TINTA

Watikah pelantikan sudah diserahkan, ikrar sudah dilafazkan. 

Tahniah diucapkan buat barisan kepimpinan pelajar yang telah dilantik. Pelajar yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab ini, sudah melalui satu proses pemilihan yang rapi, mempamerkan ciri-ciri kepimpinan dan komitmen yang tinggi bagi membimbing rakan-rakan yang lain. Selain itu, mereka juga diharapkan dapat berganding bahu bersama-sama guru bagi melunaskan tugas dan tanggungjawab dalam segenap perkara yang dijalankan. Kami doakan agar anak-anak yang terpilih ini mampu untuk menggalas tanggungjawab ini dan dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan jujur, ikhlas dan berdedikasi. Semoga pengalaman ini juga akan dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri mereka agar dapat dipraktikkan pada masa hadapan.
.
Syabas dan semoga maju jaya kepada barisan Pengawas dan Pengawas Perpustakaan Sekolah Tinta bagi sesi Akademik 2022/2023!

             

             

Terkini

CONTACT US

Email:
[email protected]

FOLLOW US:

ADDRESS

SEKOLAH TINTA
No. 1, Jalan Kajibumi U1/70,
Temasya Niaga, Glenmarie,
40150 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.