Model Sekolah STEM Malaysia
Khas Untuk Anda
Eksplorasi Idea
Anak-anak yang aktif dan kreatif memerlukan pendekatan terkini dan fleksibel untuk keseronokan mereka dalam belajar
STEM
Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menekankan banyak aktiviti yang menarik dan praktikal telah merancakkan lagi proses eksplorasi idea.
Aktiviti Tambahan
Pilihan terbaik untuk mendapatkan aktiviti-aktiviti yang menarik selepas sesi persekolahan.
Kalendar Aktiviti
Aktiviti tahunan yang disusun secara rapi agar dapat merancakkan lagi proses eksplorasi idea.
Kenapa Sekolah Tinta ?
Sekolah Tinta menawarkan pakej pendidikan yang menggabungkan idea, teknologi dan inovasi beraspirasikan kepada pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta pembangunan modal insan melalui penerapan nilai-nilai Islam kepada para pelajarnya. Pelaksanaan STEM dibuat melalui beberapa program yang disusun secara rapi bagi memberikan pendedahan secukupnya kepada para pelajar untuk mereka mengeksplorasi idea dan memperkembangkan ilmu mereka agar dapat diaplikasikan kepada dunia sebenar.