Bukan guru besar , tapi guru berjiwa besar. Bukan pengetua , tapi ketua yang muda. Ustaz Muhamad Hafizi Mihzan adalah kapten kapal SEKOLAH TINTA yang akan menjadikan kapal ini sebuah kapal angkasa ke Marikh. Di setiap penerokaan dan eksplorasi , Ustaz Muhamad akan mengingatkan semua bagaimana Allah menjadikan manusia sebagai sebaik-baik kejadian , bahawa kita adalah makhluk yang perlu untuk terus bereksplorasi idea , dan mendidik anak-anak menjadi generasi “Maker” yang kreatif dalam memberi manfaat kepada alam dan manusia .
Ustaz Muhamad memperoleh dua Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi dan pengajian ilmu wahyu daripada Universiti Islam Antarabangsa. Beliau juga merupakan seorang Hafiz al-Quran dan telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat pensijilan di Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Kuala Terengganu. Pengalamannya dalam bidang pengurusan pentadbiran telah bermula sejak awal penglibatannya dalam dunia pekerjaan dan pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan di Bushra Holdings Sdn Bhd.
Dunia pendidikan dalam diri Ustaz Muhamad adalah sesuatu yang tidak asing. Seawal umur 19 tahun beliau pernah menjadi guru di salah sebuah sekolah agama di Johor. Bakat dan minatnya yang mendalam dalam dunia pendidikan telah menyebabkan beliau beralih tumpuan daripada sektor perniagaan kepada dunia pendidikan. Ustaz Muhamad membina pengalaman mengajarnya di IDRISSI International School sebagai seorang guru pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Beliau merupakan seorang tenaga pengajar yang kreatif, kritis dalam berfikir dan ceria dalam berbicara. Bagi para pelajar, beliau adalah rakan bermain dan penghibur diri mereka kerana sikapnya yang mudah mesra dan pandai bercerita. Pendek kata, tidak lengkap hari anak-anak jika tidak bermain permainan seperti “Pukul Berapa Datuk Harimau” bersama guru kesayangan mereka!
Di samping itu, beliau juga menggalas tanggungjawab sebagai Principal of Islamic Education di GENIUS AULAD International Group Sdn Bhd , sebuah francais yang menerajui pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Sebagai kapten kapal yang mengemudi SEKOLAH TINTA, Ustaz Muhamad kini bergerak bersama kapten-kapten lain yang mengemudi GENIUS AULAD dan IDRISSI INTERNATIONAL SCHOOL yang mana kesemuanya ini berada di bawah teraju milikan penuh GAINS Education Group Sdn Bhd . adalah seorang yang sangat komited dalam misinya bukan sahaja untuk menekankan elemen penting dalam pendidikan abad-21 , malah untuk pendidikan dunia dan akhirat untuk anak-anak yang disayanginya.