Teacher Aida

Teacher Aida adalah seorang guru yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap para pelajarnya. Beliau seorang yang mudah untuk didampingi dan sifatnya yang lembut membolehkan pelajar tidak berasa kekok untuk berkomunikasi dan berkongsi cerita bersama dengannya. Pengalaman beliau yang luas dalam dunia pendidikan telah memberikannya kemampuan untuk mendekati jiwa pelajar dan memberikan motivasi kepada mereka agar terus bersemangat mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan.

 

Dengan berlatar belakangkan Ijazah Pengajian Sains serta minat yang mendalam dalam pengurusan aktiviti pelajar, Teacher Aida adalah salah seorang tenaga pengajar yang membangunkan modul pendidikan STEM di Sekolah Tinta. Bakat dan pengalaman yang dilalui beliau ketika berada di alam universiti telah membawa suntikan baru dalam merancang dan mengatur aktiviti STEM dan projek-projek yang dijalankan. Beliau seorang guru yang berperwatakan ceria, mudah berinteraksi dan sangat bertanggungjawab dalam memastikan hasil kerja pelajar menepati ciri-ciri yang ditetapkan.