Teacher Umi

Sekiranya Ustaz Muhamad (Principal) adalah ayah di Sekolah Tinta manakala ibunya adalah Teacher Umi. Perwatakan dan personalitinya yang lembut dan penyayang menjadikan beliau seorang yang mudah untuk didekati oleh semua pelajar dan ibu bapa. Teacher Umi sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Perunding Korporat di Genius Aulad International Group Sdn Bhd sebelum menggalas tanggungjawab sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Dengan pengalamannya yang luas dalam urusan pentadbiran, ia membantu Teacher Umi merancang dan melaksanakan sistem urus tadbir sekolah yang lebih baik dari masa ke semasa.