Syarat Kemasukan Sekolah Menengah

MURID YANG LAYAK MENDAFTAR KEMASUKAN TINGKATAN 1 2021/2022

Pelajar yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia/ warga negara asing yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut:

  1. 2 Januari 2008 sehingga 1 Januari 2009 (Untuk kemasukan sesi persekolahan tahun 2021)
  2. 2 Januari 2009 sehingga 1 Januari 2010 (Untuk kemasukan sesi persekolahan tahun 2022)

CARA MENDAFTAR PERMOHONAN MURID BARU SESI 2021/2022

Pendaftaran murid baru boleh dibuat seperti berikut;

  1. Layari laman www.sekolahtinta.edu.my
  2. Sila pergi ke pautan “JOM” dan tekan butang “Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru”.
  3. Pilih pilihan pendaftaran ‘SEKOLAH MENENGAH’
  4. Isikan semua maklumat yang dikehendaki dan tekan butang “SEND”.
  5. Pihak Sekolah akan menghubungi tuan atau menghantar email dalam masa 7 hari bekerja untuk menentukan tarikh Ujian Penilaian Kemasukan Pelajar (UPKP).
  6. Setiap pelajar baru dikehendaki menduduki UPKP yang akan dilaksanakan di Sekolah Tinta pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.
  7. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM 200.00 untuk setiap UPKP yang akan melibatkan ujian lisan dan bertulis bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  8. Keputusan UPKP pelajar akan diumumkan melalui email atau telefon tidak kurang daripada 3 hari bekerja dan tidak lebih daripada 14 hari bekerja selepas tarikh pelajar menduduki ujian tersebut.
  9. Pelajar yang berjaya dalam UPKP akan diberikan surat tawaran pengajian ke Sekolah Menengah Tinta melalui email ibu bapa atau penjaga.
  10. Sekiranya mereka berminat dengan tawaran tersebut, ibu bapa diminta untuk membayar wang deposit sebanyak RM 500.00 (booking fee) sebagai pendahuluan. Wang deposit ini akan ditukar menjadi yuran pentadbiran atau “Administrative Fee” sekiranya pelajar melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinta pada tarikh bermulanya sesi persekolahannya. Oleh itu, ibu bapa hanya diminta untuk membayar baki daripada yuran tahunan dan lain-lain sahaja ketika ingin membuat pembayaran penuh yuran pengajian (Sila rujuk yuran pengajian untuk butiran lengkap).
  11. Wang deposit TIDAK akan dikembalikan sekiranya ibu bapa membatalkan tawaran pengajian pelajar setelah wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun Sekolah Tinta.
  12. Segala bayaran hendaklah melalui cek/ bank transfer ke akaun seperti berikut;

TINTA PENDIDIKAN SDN BHD
MAYBANK BERHAD
562302620119

  1. Sila hantarkan maklumat pembayaran anda ke email [email protected] atau Whatapps kami di talian 0107645010.

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH IBU BAPA/ PENJAGA

DOKUMEN PELAJAR

  1. Salinan MyKad/Passport (Salinan penuh)
  2. Salinan Sijil Surat Beranak
  3. Gambar berukuran passport (3 keping)
  4. Salinan terbaru Visa (Pelajar Luar Negara)
  5. Salinan Rekod Prestasi Pelajar
  6. Salinan sijil tamat persekolahan daripada sekolah yang lepas.
  7. Salinan rekod perubatan (Imunisasi)
  8. Salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk setiap subjek (jika berkenaan)

DOKUMEN IBU BAPA

  1. Salinan MyKad/Passport (Salinan penuh)
  2. Gambar berukuran passport (1 keping)
  3. Salinan slip gaji atau dokumen sokongan kemampuan kewangan
  4. Salinan Sijil Perkahwinan/ Sijil Penceraian

ANDA BERMINAT ?

Temujanji

Syarat Kemasukan

Yuran

Daftar