Matlamat

Sekolah Tinta menawarkan pakej pendidikan yang menggabungkan idea, teknologi dan inovasi beraspirasikan kepada pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta pembangunan modal insan melalui penerapan nilai-nilai murni kepada para pelajarnya. Pelaksanaan STEM dibuat melalui beberapa program yang disusun secara rapi bagi memberikan pendedahan secukupnya kepada para pelajar untuk mereka mengeksplorasi idea dan memperkembangkan ilmu mereka agar dapat diaplikasikan kepada dunia sebenar. Perbezaan yang memberikan Sekolah Tinta kelainan daripada taman ilmu yang lain adalah daripada sudut pendekatan yang menggabungkan banyak elemen praktikal dan pembelajaran yang aktif di dalam atau di luar kelas.

Visi

Pendidikan Kreatif,Insan berwibawa
Nadi Penggerak Kemajuan Negara

Misi

Tempat

Menyediakan fasiliti dan prasarana sekolah yang sesuai dan seiring dengan keperluan pembelajaran semasa

Inovasi

Mewujudkan ruang pembelajaran dan pengajaran yang menggalakkan kreativiti dan inovasi

Nilai

Membentuk sahsiah pelajar dengan nilai-nilai murni untuk melahirkan Muslim dan muslimah yang bertanggungjawab dan bersedia untuk berbakti

Tanya

Menggalakkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang interaktif , kritis dan kreatif

Aktif

Menggalakkan pelajar untuk sentiasa positif dan aktif di dalam melaksanakan pelbagai projek dan aktiviti di sekolah

Konsep

Berinspirasikan dengan semangat “Eksplorasi Idea”, Sekolah Tinta menyediakan pengalaman baru dalam dunia persekolahan anak-anak, namun kami masih mengekalkan penggunaan silibus pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sama seperti silibus pembelajaran di sekolah kerajaan untuk Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu khuatir kerana sekolah Tinta masih berada di bawah kurikulum yang sama dan mengikuti standard peperiksaan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mata Pelajaran

Tahun 1 ( Darjah 1-3 )

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sains Komputer
  6. Pendidikan Seni
  7. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  8. Pendidikan Agama Islam
  9. STEM
  10. Bahasa Arab
  11. Jawi

Tahun 2 ( Darjah 4-6 )

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sains Komputer
  6. Pendidikan Seni
  7. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  8. Pendidikan Agama Islam
  9. STEM
  10. Bahasa Arab
  11. Jawi
  12. Sejarah

Pembelajaran Berkonsepkan STEM?

Konsep pelaksanaan pendidikan STEM di Sekolah Tinta ini mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan aplikasi dalam mata pelajaran utama seperti Sains dan Matematik secara mendalam. Silibus dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah dijadikan rujukan utama untuk menghasilkan projek yang sesuai dan seimbang dengan kemampuan para pelajar mengikut tahap yang ditetapkan. Terdapat tiga elemen utama dalam pelaksanaan projek STEM yang telah diperkenalkan di Sekolah Tinta, antaranya;

  1. Pendekatan Inkuiri (Inqury-based learning)
  2. Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based learning)
  3. Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Konteks Dunia Sebenar (Real-life base)

Antara projek STEM yang ditawarkan adalah;

t1

Tahun 1

Mechanical Project

t2

Tahun 2

Mechanical project
Electronic project

t3

Tahun 3

Mechanical project
Electronic project
Coding block code – Ardublock

t4

Tahun 4

Mechanical project
Electronic project
Coding block code – Ardublock
Coding C++ – Arduino Ide

t5

Tahun 5

Mechanical project
Electronic project
Coding C++ – Arduino Ide

t6

Tahun 6

Mechanical project
Electronic project
Coding C++ – Arduino Ide
Final year project (FYP)
Log book & report

Sains Komputer:

srt1

 Tahun 1

  • Term 1: Microsoft Word
  • Term 2: Microsoft Power Point
srt2

Tahun 2

  • Term 1: Scratch
  • Term 2: Scratch
srt3

Tahun 3

  • Term 1: TinkerCAD
  • Term 2: Ardublock Code Arduino IDE
srt4

Tahun 4

  • Term 1: Ardublock Code Arduino IDE
  • Term 2: C++ Code Arduino IDE
srt5

Tahun 5

  • Term 1: Webpage – HTML
  • Term 2: Rero micro
srt6

Tahun 6 

  • Term 1: Webpage – HTML
  • Term 2: Drone

Kokurikulum

Sukan

Bola Sepak, Bola Jaring, Memanah, Berenang, Badminton

Unit Beruniform

Pengakap & Bulan Sabit Merah

Kelab

Kelab Sciencetech, Kelab Pencinta Alam, Kelab ‘Mastermind’, Kelab X-Factor

Sekolah Tinta juga menawarkan aktiviti tambahan kepada para pelajar untuk mengisi masa mereka selepas sesi persekolahan. Hal ini dapat membantu ibu bapa yang bekerja untuk menempatkan anak mereka di tempat yang selamat dengan kawalan yang rapi oleh guru-guru dan kakitangan yang bertugas di sekolah. Pelbagai aktiviti yang ditawarkan termasuk yang disediakan oleh pihak sekolah atau syarikat perkhidmatan daripada luar antaranya seperti di bawah :

  • Living skills
  • Tekwando
  • Sukan Moden
  • Kelas Mandarin
  • Literasi
  • Kelas Memanah
  • STEM
  • LEGO Junior STEM
  • Sukan Tradisional

Apa itu SPA?

SPA adalah singkatan kepada Student and Parent’s Activity atau juga dikenali sebagai Aktiviti bersama Ibu Bapa dan Pelajar. Ia adalah merupakan salah satu program yang dianjurkan dengan menjemput ibu bapa untuk turut serta melibatkan diri dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran bersama anak-anak mereka di sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan ruang untuk ibu bapa menyumbang sesuatu idea dan ilmu kepada semua para pelajar dan juga membolehkan mereka saling kenal mengenali di antara satu dengan yang lain.

Antara tema aktiviti yang pernah dijalankan ialah;

  • Kebersihan
  • Keselamatan
  • Sesi bercerita
  • Hari Usahawan Tinta
  • Program Motivasi

Antara program tahunan Sekolah Tinta untuk para pelajar adalah lawatan sambil belajar ke beberapa tempat menarik sebagai memberi peluang kepada mereka menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran di luar sekolah. Melalui program lawatan seperti ini, para pelajar bukan sahaja mendapat peluang berjalan-jalan dan melakukan aktiviti bersama guru-guru kesayangan mereka malah mereka juga dapat menimba ilmu baru dan menambah pengalaman dengan . Sesuai dengan peribahasa “jauh perjalanan luas pemandangan”, anak-anak berpeluang menimba telaga ilmu melalui penglihatan dan perjalanan mereka yang luas serta dapat dijadikan ilmu yang dikendong itu sebagai kalam permulaan untuk anak-anak mengecapi kejayaan di dunia dan di akhirat.
Terdapat pelbagai tempat yang telah kami lawati bersama anak-anak dan pelbagai aktiviti yang dianjurkan semasa lawatan ini dijalankan. Antaranya;

  • Lawatan ke Petrosains di KLCC
  • Lawatan ke Malaysia Air Force
  • Lawatan ke Putrajaya

ANDA BERMINAT ?

Temujanji

Syarat Kemasukan

Yuran

Daftar