Matlamat Penubuhan
Penubuhan Sekolah Menengah Tinta bertujuan membentuk IMPIAN kepada generasi muda sebagai pelapis kepada kepimpinan negara, pencetus kepada hasil reka cipta yang kreatif dan menjadi perintis dalam pembangunan sektor teknologi, pembuatan dan perkhidmatan dalam negara. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan keperluan dalam Revolusi Industri 4.0.


Visi
A: Aspirasi Negara
P: Pendidikan Kreatif
I: Insan Berwibawa
Misi
I – Inkuiri dan Solusi
M – Masa dan Gerak Kerja
P - Praktikal dan Kemahiran
I - Inovasi
A – Aktif dan Berdaya Saing
N - Nilai dan Integriti

Konsep Pendidikan
Sekolah Menengah Tinta menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Bagi mencapai matlamat dan objektif KSSM, pedagogi di Sekolah Tinta menekankan kepada pembelajaran secara mendalam melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Fokus diberikan kepada pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).
Mata Pelajaran
MENENGAH RENDAH
TINKATAN 1 -3
“REALISASI IDEA”
- Bahasa Melayu
- Sains
- Pendidikan Islam
- STEM
- Sejarah
- PAJSK
- Kokurikulum
- Geografi
- Sains komputer
- Al-Quran & Hafazan
- Matematik
- Bahasa Inggeris
MENENGAH ATAS
PAKEJ STEM
“REALISASI IDEA”
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Pendidikan Islam
- STEM
- PAJSK
- Fizik
- Biologi
- Matematik Tambahan
- Kimia
- Kokurikulum
- Komputer Sains
- Al-Quran & Hafazan
- Matematik
- Bahasa Inggeris
MENENGAH ATAS
PAKEJ SASTERA
“REALISASI IDEA”
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Pendidikan Islam
- STEM
- PAJSK
- Fizik
- Biologi
- Matematik Tambahan
- Kimia
- Kokurikulum
- Komputer Sains
- Al-Quran & Hafazan
- Matematik
- Bahasa Inggeris
Program STEM
Perlaksanaan program STEM di peringkat Sekolah Menengah adalah berasaskan kepada pendedahan ilmu dan kemahiran dalam industri reka cipta dan teknologi maklumat. Pendekatan dalam penyampaian modul dan silibus pembelajaran masih melibatkan tiga elemen utama;
- Â Pendekatan Inkuiri
- Â Pembelajaran berasaskan projek
- Â Pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar.
Antara projek STEM yang ditawarkan adalah;

Tingkatan 1
Mechanical project
Electronic project
Coding C++ – Arduino Ide

Tingkatan 2
Mechanical project
Electronic project
Coding C++ – Arduino Ide

Tingkatan 3
Mechanical project
Electronic project
Coding C++ – Arduino Ide

Tingkatan 4
Python (Rraspberry pi)
Artificial Intelligence (AI) – Permulaan

Tingkatan 5
Python (Rraspberry pi)
Artificial Intelligence (AI) – Pertengahan
Sains Komputer:

 Tingkatan 1
- Term 1: C++ Code Arduino IDE
- Term 2: C++ Code Arduino IDE
- Microsoft Office

Tingkatan 2
- Term 1: Webpage – CSS
- Term 2: Webpage – CSS
- Microsoft Office

Tingkatan 3
- Term 1: Webpage – JavaScript
- Term 2: Webpage – JavaScript
- Microsoft Office

Tingkatan 4
- Term 1: Python
- Term 2: Python
- Microsoft Office

Tingkatan 5
- Term 1: Python
- Term 2: Python
Kokurikulum
Aktiviti ko-kurikulum Sekolah Menengah Tinta turut diadakan bagi mendedahkan para pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. Antara aktiviti kokurikulum yang ditawarkan di Sekolah Tinta adalah:
 Unit Beruniform
- Pengakap
- Persatuan Bulan Sabit Merah
- Kadet Remaja
Kelab 
- Â Kelab Scien-Tech
- Kelab Videografi
- Kelab Usahawan
- Kelab Rakan Muda
 Sukan / Permainan Â
- Â Bola Sepak
- Â Bola Jaring
- Â Hoki
- Â Taekwando