Syarat-syarat penyertaan PARENTS-GET-PARENTS PROMOTION 2019;

1- Pendaftar hendaklah terdiri daripada ibu bapa atau penjaga yang sah kepada para pelajar yang masih bersekolah di Sekolah Tinta pada tarikh pendaftaran pelajar baru dibuat ataupun pendaftar adalah merupakan wakil cawangan Genius Aulad yang sah.

2- Setiap pendaftar hendaklah mengisi maklumat peribadi diri, pelajar baru dan ibu bapa atau penjaga pelajar baru dengan lengkap.

3- Maklumat yang telah diterima akan diproses oleh pihak sekolah untuk urusan yang seterusnya melibatkan ujian kemasukan, surat tawaran dan wang pendahuluan.

4- Voucer bernilai RM 100 akan diberikan kepada pendaftar bagi setiap pendaftaran yang berjaya memenuhi syarat-syarat yang berikut;

a- Pelajar baru belum lagi mendaftar di Sekolah Tinta melalui pendaftaran atas talian sebelum tarikh kempen bermula pada 10 September 2019.
b- Pendaftaran hendaklah dibuat oleh wakil pendaftar sendiri.
c- Pelajar baru telah menduduki ujian kemasukan pelajar di Sekolah Tinta.
d- Pelajar baru telah menerima surat tawaran kemasukan ke Sekolah Tinta selepas berjaya melepasi ujian lisan dan bertulis.
e- Ibu bapa dan penjaga pelajar baru telah membayar wang pendahuluan (booking fee) sebanyak RM 500 ke akaun sekolah.

5- Voucer RM 100 akan dihantar ke email pendaftar atau dimaklumkan melalui telefon dan proses pembayaran akan dibuat dalam masa 14 hari bekerja. Voucer ini boleh ditebus dengan tunai atau ditolak dengan yuran tahunan Sekolah Tinta bagi tahun 2020 dan sah sehingga 31 Disember 2019.

6- Kempen Parents-Get-Parents Promotion 2019 ini akan bermula pada 10 September 2019 sehingga penuh pendaftaran bagi kemasukan 2020 atau berakhir pada 1 Disember 2019 sahaja.

7- Maklumat promosi akan dikemaskinikan melalui email kepada semua dan barang kempen dan promosi seperti flyers akan diberikan secara percuma. Setiap wakil boleh mengambil barang kempen di pejabat Sekolah Tinta bermula pada 13hb September 2019.

8- Pihak sekolah berhak membuat semakan atau pindaan atas apa yang dinyatakan di dalam syarat-syarat penyertaan PARENTS-GET-PARENTS PROMOTION 2019 tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan mana-mana pihak.

Rules and Regulations for the PARENTS-GET-PARENTS PROMOTION 2019;

1- Applicants must be (i) a legal parent/guardian to a current student that is still enrolled at Sekolah Tinta on the date of registration of the new student(s). or (ii) a legitimate representative of Genius Aulad.

2- Each applicant must fill in their personal details, followed by the new student and the legal parents/guardian of the new student accordingly.

3- The information received by the school will be used for further registration purposes involving the entrance exam, offer letter, and deposit.

4- A voucher of RM 100 will be granted to successful applicants who meet the following requirements;

a- The new student has not enrolled at Sekolah Tinta through online application before the campaign commencement on the 10th of September 2019.
b- Registration must be done by the applicant him/herself.
c- The new student has undergone his/her entrance exam at Sekolah Tinta.
d- The new student has received his/her offer letter following a successful speaking and writing test.
e- Parents/guardian of the new student have made an initial booking fee payment of RM 500 to the school’s account.

5- The RM 100 voucher will be received via email or telephone.The payment process will be done within (14) working days. The voucher can be redeemed in cash or be deducted from the Sekolah Tinta annual fees for the 2020 term and will be valid until the 31st of December 2019.

6- The PARENTS-GET-PARENTS PROMOTION 2019 campaign will commence on the 10th of September 2019 until the 1st of December 2019, or until the registration is fully booked for the 2020 intake.

7- Information regarding the promotion will be updated via email and promotional materials such as flyers will be given. Each representative may obtain the promotional materials from our office starting 13th September 2019.

8- The school reserves the right to make changes upon the Rules and Regulations for the PARENTS-GET-PARENTS PROMOTION 2019 without prior notice and agreement from anyone.