Zaliza binti Alias

Beliau merupakan pengasas kepada semua sekolah di bawah GAINS Education Group Sdn Bhd bermula daripada Genius Aulad sejak tahun 2000. Personalitinya yang ceria serta kreatif dank iritis dalam mencari idea-idea baru telah menjadikannya seorang ikon dalam dunia pendidikan di Malaysia.

Mohammead Hafiez Shah Mohd Salleh

Beliau terlibat dalam bidang pengurusan syarikat sejak tahun 2000 sebagai Pengarah Urusan, dan kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di GAINS Education Group.

Mohd Hasnul Ismar Mohd Ismail

Mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang ahli perniagaan selama 10 tahun sebelum menyertai GAINS Education Group sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada tahun 2016.

Zetti Hanna Ibrahim

Berpengalaman luas dalam bidang carigali minyak bersama Petronas selama 10 tahun, sebelum menjadi Ahli Lembaga Pengarah GAINS Education Group pada tahun 2016.

Kakitangan Sekolah

Mereka sangat komited untuk bekerja dan menyumbang idea kepada pengurusan sekolah yang lebih baik dan efisyen. Inspirasi kerja mereka adalah bersandarkan kepada kata-kata berikut;

 

  • Be More, Stay Humble
  • Do your best, let Allah do the rest
  • If you’re not part of the solution, then you’re part of the problem

Mereka adalah guru yang dipilih kerana minat yang mendalam terhadap dunia pendidikan dan memperoleh kepujian di peringkat Sarjana Muda atau Sarjana. Meskipun masih muda tetapi semangat untuk belajar dan meneroka benda baharu dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PnP) di abad 21 telah memperlihatkan hasil usaha yang sangat memuaskan. Mereka adalah generasi muda yang tidak patah semangat dan terus bergerak maju ke hadapan untuk membimbing anak bangsa mencapai kejayaan dalam kehidupan. Setiap hari pelajar bersemangat untuk hadir ke sekolah untuk bertemu guru-guru  mereka. Senyuman dan gurauan mereka berjaya Syabas kepada seluruh warga pendidik Tinta!