Hubungi pihak pengurusan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sekolah Tinta

    Keseronokan di Sekolah Tinta

    Kurikulum

    Berinspirasikan dengan semangat “Eksplorasi Idea”, Sekolah Tinta menyediakan pengalaman baru dalam dunia persekolahan anak-anak, namun kami masih mengekalkan penggunaan silibus pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sama seperti silibus pembelajaran di sekolah kerajaan untuk Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu khuatir kerana sekolah Tinta masih berada di bawah kurikulum yang sama dan mengikuti standard peperiksaan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Perbezaan yang memberikan Sekolah Tinta kelainan daripada yang lain adalah daripada sudut pendekatan yang menggabungkan banyak elemen praktikal dan pembelajaran yang aktif di dalam atau di luar kelas.

    Bukan itu sahaja, keistimewaan Sekolah Tinta berbanding Taman Ilmu yang lain ialah daripada usahanya untuk memperkasakan pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) secara menyeluruh bermula daripada Tahun Satu hingga ke Tahun Enam. Sekolah Tinta merupakan satu-satunya sekolah pendidikan rendah yang telah mengintegrasikan kurikulum KSSR dengan pendidikan STEM kepada anak-anak secara holistik. Apakah perbezaan sistem pelaksanaan pendidikan berkonsepkan STEM ini dengan yang lainnya? Boleh klik pada pautan ini STEM

    Ko-kurikulum

    Selaras dengan aspirasi pendidikan yang digagaskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Sekolah Tinta memberikan pakej pendidikan yang seimbang kepada para pelajarnya. Tumpuan yang diberikan tidaklah sekadar tertumpu kepada sesi pembelajaran dalam bilik darjah semata-mata tetapi turut memberikan fokus dalam penguasaan bidang Ko-Kurikulum yang merupakan sebahagian daripada aspek pembelajaran di sekolah. Pembelajaran Ko-Kurikulum diwujudkan bagi melengkapi keperluan dan persediaan diri para pelajar bukan sahaja dari aspek perkembangan fizikal dan mental malah dalam meningkatkan sahsiah, nilai kepimpinan, potensi dan kredibiliti yang ada dalam diri mereka. Kami di Sekolah Tinta sentiasa menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti Ko-Kurikulum termasuklah bersukan, pasukan unit beruniform dan kelab. Pelbagai cabang pilihan aktiviti dapat dipilih mengikut minat dan kecenderungan serta kemahuan diri anak-anak. Antara cabang bidang Ko-Kurikulum yang kami tawarkan ialah;

    Sukan

    Bola Sepak, Bola Jaring, Memanah, Berenang, Badminton

    Unit Beruniform

    Pengakap & Bulan Sabit Merah

    Kelab

    Kelab Sciencetech, Kelab Pencinta Alam, Kelab ‘Mastermind’, Kelab X-Factor

    STEM

    Apa yang dimaksudkan pembelajaran berkonsepkan STEM?

    Konsep pelaksanaan pendidikan STEM di Sekolah Tinta ini mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan aplikasi dalam mata pelajaran utama seperti Sains dan Matematik secara mendalam. Silibus dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah dijadikan rujukan utama untuk menghasilkan projek yang sesuai dan seimbang dengan kemampuan para pelajar mengikut tahap yang ditetapkan. Perlaksanaan projek STEM di Sekolah Tinta dijadikan sebahagian daripada kelas wajib untuk semua pelajar. Mereka akan menyiapkan setiap tugasan yang dilakukan secara individu atau berkumpulan mengikut modul yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, aspek kreativiti dan keterbukaan dalam mencetus idea bagi rekaan tersendiri diberikan ruang yang cukup untuk pelajar melakukannya. Hal ini dapat dilihat daripada hasil kerja yang pelbagai dengan pilihan corak, warna dan bentuk rekaan yang tersendiri oleh mereka. Pendekatan ini bukan sahaja menarik minat pelajar untuk menyelesaikan tugasan mereka malah ia turut melatih mereka untuk berfikir, merancang dan berimaginasi terhadap idea-idea baru yang boleh difikirkan berdasarkan asas ilmu yang disampaikan melalui kelas-kelas yang dihadiri.

    Selain daripada itu, penekanan aspek nilai-nilai murni secara langsung atau tidak langsung dapat dilihat melalui pendekatan dan aplikasi dalam projek yang dijalankan. Bermula daripada mengenal pasti masalah, mencari jalan penyelesaian, merancang kerja dan mempamerkan hasil projek; kesemuanya memerlukan kerjasama di antara para pelajar dan guru untuk melalui semua proses ini dengan jayanya sehingga akhir. Nilai-nilai murni seperti tolong menolong, berkomunikasi dengan baik sesama rakan, berkongsi idea dan lain-lain dapat dipupuk secara langsung atau tidak langsung di dalam aktiviti yang dijalankan.

    Terdapat tiga elemen utama dalam pelaksanaan projek STEM yang telah diperkenalkan di Sekolah Tinta, antaranya;

    • Pendekatan Inkuiri (Inqury-based learning)

    • Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based learning)

    • Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Konteks Dunia Sebenar (Real-life base)

    Sekolah Tinta juga menawarkan aktiviti tambahan kepada para pelajar untuk mengisi masa mereka selepas sesi persekolahan. Hal ini dapat membantu ibu bapa yang bekerja untuk menempatkan anak mereka di tempat yang selamat dengan kawalan yang rapi oleh guru-guru dan kakitangan yang bertugas di sekolah. Pelbagai aktiviti yang ditawarkan termasuk yang disediakan oleh pihak sekolah atau syarikat perkhidmatan daripada luar antaranya seperti di tab sebelah.

    • Living skills
    • Tekwando
    • Sukan Moden
    • Kelas Mandarin
    • Literasi
    • Kelas Memanah
    • STEM
    • LEGO Junior STEM
    • Sukan Tradisional

    Apa itu SPA?

    SPA adalah singkatan kepada Student and Parent’s Activity atau juga dikenali sebagai Aktiviti bersama Ibu Bapa dan Pelajar. Ia adalah merupakan salah satu program yang dianjurkan dengan menjemput ibu bapa untuk turut serta melibatkan diri dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran bersama anak-anak mereka di sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan ruang untuk ibu bapa menyumbang sesuatu idea dan ilmu kepada semua para pelajar dan juga membolehkan mereka saling kenal mengenali di antara satu dengan yang lain.

    Antara tema aktiviti yang pernah dijalankan ialah;

    • Kebersihan
    • Keselamatan
    • Sesi bercerita
    • Hari Usahawan Tinta
    • Program Motivasi

    Antara program tahunan Sekolah Tinta untuk para pelajar adalah lawatan sambil belajar ke beberapa tempat menarik sebagai memberi peluang kepada mereka menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran di luar sekolah. Melalui program lawatan seperti ini, para pelajar bukan sahaja mendapat peluang berjalan-jalan dan melakukan aktiviti bersama guru-guru kesayangan mereka malah mereka juga dapat menimba ilmu baru dan menambah pengalaman dengan . Sesuai dengan peribahasa “jauh perjalanan luas pemandangan”, anak-anak berpeluang menimba telaga ilmu melalui penglihatan dan perjalanan mereka yang luas serta dapat dijadikan ilmu yang dikendong itu sebagai kalam permulaan untuk anak-anak mengecapi kejayaan di dunia dan di akhirat.
    Terdapat pelbagai tempat yang telah kami lawati bersama anak-anak dan pelbagai aktiviti yang dianjurkan semasa lawatan ini dijalankan. Antaranya;

    • Lawatan ke Petrosains di KLCC
    • Lawatan ke Malaysia Air Force
    • Lawatan ke Putrajaya

    Syarat Kemasukan

    MURID YANG LAYAK MENDAFTAR KEMASUKAN TAHUN 1 2020/2021

    Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia/ warga negara asing yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut:

    1. 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (Untuk kemasukan sesi persekolahan tahun 2020)
    2. 2 Januari 2014 sehingga 1 Januari 2015 (Sesi persekolahan tahun 2021)

    CARA MENDAFTAR PERMOHONAN MURID TAHUN 1 SESI 2020/2021

    Pendaftaran murid Tahun Satu (1) boleh dibuat seperti berikut;

    1. Layari laman www.sekolahtinta.edu.my
    2. Sila pergi ke pautan “JOM” dan tekan butang “Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru”.
    3. Isikan semua maklumat yang dikehendaki dan tekan butang “SEND”.
    4. Pihak Sekolah akan menghubungi tuan atau menghantar email dalam masa 7 hari bekerja untuk menentukan tarikh Ujian Penilaian Kemasukan Pelajar (UPKP).
    5. Setiap pelajar baru dikehendaki menduduki UPKP yang akan dilaksanakan di Sekolah Tinta pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.
    6. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM 200.00 untuk setiap UPKP yang akan melibatkan ujian lisan dan bertulis bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
    7. Keputusan UPKP pelajar akan diumumkan melalui email atau telefon tidak kurang daripada 3 hari bekerja dan tidak lebih daripada 14 hari bekerja selepas tarikh pelajar menduduki ujian tersebut.
    8. Pelajar yang berjaya dalam UPKP akan diberikan surat tawaran pengajian ke Sekolah Tinta melalui email ibu bapa atau penjaga.
    9. Sekiranya mereka berminat dengan tawaran tersebut, ibu bapa diminta untuk membayar wang deposit sebanyak RM 500.00 (booking fee) sebagai pendahuluan. Wang deposit ini akan ditukar menjadi yuran pentadbiran atau “Administrative Fee” sekiranya pelajar melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinta pada tarikh bermulanya sesi persekolahannya. Oleh itu, ibu bapa hanya diminta untuk membayar baki daripada yuran tahunan dan lain-lain sahaja ketika ingin membuat pembayaran penuh yuran pengajian (Sila rujuk yuran pengajian untuk butiran lengkap).
    10. Wang deposit TIDAK akan dikembalikan sekiranya ibu bapa membatalkan tawaran pengajian pelajar setelah wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun Sekolah Tinta.
    11. Segala bayaran hendaklah melalui cek/ bank transfer ke akaun seperti berikut;

    TINTA PENDIDIKAN SDN BHD
    MAYBANK BERHAD
    562302620119

    1. Sila hantarkan maklumat pembayaran anda ke email [email protected] atau Whatapps kami di talian 0102615010.

    DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH IBU BAPA/ PENJAGA

    DOKUMEN PELAJAR

    1. Salinan MyKad/Passport (Salinan penuh)
    2. Salinan Sijil Surat Beranak
    3. Gambar berukuran passport (3 keping)
    4. Salinan terbaru Visa (Pelajar Luar Negara)
    5. Salinan Rekod Prestasi Pelajar
    6. Salinan sijil tamat persekolahan daripada sekolah yang lepas.
    7. Salinan rekod perubatan (Imunisasi)

    DOKUMEN IBU BAPA

    1. Salinan MyKad/Passport (Salinan penuh)
    2. Gambar berukuran passport (1 keping)
    3. Salinan slip gaji atau dokumen sokongan kemampuan kewangan
    4. Salinan Sijil Perkahwinan/ Sijil Penceraian

    Yuran Pengajian

    Fees Structure 2020

    Fees Structure 2021

    Siblings Promotion 2020

    Siblings Promotion 2021

    Jom Masuk ke Sekolah Tinta

    Sekolah Tinta

    No 1, Jalan Kajibumi U1/70, Temasya Niaga, Glenmarie,
    Shah Alam, Selangor, Malaysia

    Anda bertanya, kami jawab

    Anda ada sebarang pertanyaan? Sila isi borang pendaftaran dibawah.