Mula menyandang jawatan sebagai Pengetua Sekolah Tinta bermula tahun 2022, Dr. Haliza binti Idris merupakan figura yang tidak asing lagi bagi keluarga GAINS Education Group. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam arena pendidikan dan latihan. Pemegang ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Pengajaran dan Latihan) ini, kini sedang giat menerokai kajiannya dalam  Augmented Reality (AR). Penglibatan beliau dalam dunia pendidikan telah memperlihatkan banyak transformasi yang membawa kepada improvisasi dan pembangunan bahan serta kaedah pembelajaran yang berkesan selaras dengan arus perkembangan teknologi masa kini. Pengalaman beliau  yang merentasi industri, sifat beliau yang lembut tetapi tegas serta minat yang sangat mendalam dalam pendidikan STEM pasti akan membantu mencorakkan dunia “Eksplorasi & Realisasi Idea” di SEKOLAH TINTA.