Ahli Lembaga Pengarah

Zaliza Alias

Berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang pendidikan, Puan Zaliza Alias mempunyai misi dan visi tersendiri dalam memastikan para pelajar di bawah seliaan GAINS Education Group Sdn Bhd menjadi pelajar cemerlang dan dapat membentuk keperibadian yang tinggi melalui pendekatan nilai-nilai murni yang diketengahkan.

Didorong oleh keperluan untuk menambah baik setiap aspek pendidikan, beliau meninggalkan karier sebagai seorang pensyarah dan menubuhkan Genius Aulad pada Disember 2000 yang kini mempunyai lebih daripada 70 buah cawangan di serata Malaysia termasuk di Indonesia.

Kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh pelbagai lapisan masyarakat terhadap jenama Genius Aulad membuatkan beliau terus mengorak langkah dan menubuhkan IDRISSI International School yang berteraskan kurikulum Cambridge pada tahun 2015 dan seterusnya menubuhkan Sekolah Tinta sebagai pelengkap kepada sekolah K12 di bawah kelolaan GAINS Education Group pada 2018 yang mengetengahkan pendidikan STEM dalam struktur pembelajaran KSSR & KSSM dalam kalangan para pelajar.

Datin Zetti Hana Ibrahim

Sebagai Ahli Lembaga Pengarah GAINS Education Group, Datin Zetti terlibat secara langsung dalam penggubalan dasar dan perkara-perkara yang melibatkan kewangan GAINS serta anak-anak syarikat. Beliau juga turut memberikan pandangan dan pendapat tentang sebarang pelaksanaan strategi perniagaan dan rangka kerja tadbir urus korporat GAINS.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Industri dan Perakaunan dari University of Nottingham, United Kingdom ini memulakan kerjayanya di sebuah syarikat broker saham dan seterusnya menyertai Petronas dalam pengurusan rantaian bekalan.

Lemah lembut dalam pertuturan namun tegas dalam setiap keputusan menjadikan Datin Zetti disenangi oleh kaki tangan GAINS dan pendidik di semua sekolah kelolaan GAINS Education Group Sdn Bhd.

hubungi kami

Ikuti Kami:

alamat

SEKOLAH TINTA
No. 1, Jalan Kajibumi U1/70,
Temasya Niaga, Glenmarie,
40150 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.